Saturday, July 4, 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA KALIM PERTAMA 2015

Satu mesyuarat AJK Program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa telah diadakan pada 2hb Julai 2015 sekitar jam 10.30pagi dihadiri oleh para pensyarah program Syariah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dekan FSU, Dr Syahirah Abdul Syukor. Di antara agenda mesyuarat ialah membincangkan tentang penstrukturan semula struktur Kurikulum Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, penawaran subjek dan beban amanah Semester 1, Sesi akademik 2015/2016 serta pemakluman tajuk projek Ilmiah pelajar SmFF.











AHLAN WASAHLAN PROF AMIR HUSIN




FSU merasa amat bertuah kerana menerima se orang ahli akademik yang hebat UKM iaitu  PROF. DR. AMIR HUSIN MOHD NOR sebagai sebahagian dari tenaga pengajar di FSU bermula pada 1hb Jun 2015.

Prof Dr Amir mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada tahun 1990 dari Universiti Malaya. Seterusnya beliau memperolehi ijazah Master dari University of London pada tahun 1992. Manakala Ijazah Kedoktoran pula pada tahun 1997 dari University of Edinburgh, UK.

Moga kehadiran Y.bhg Prof Amir akan memantapkan lagi barisan tenaga  pengajar FSU insya Allah.

LAWATAN AJK PENAJAAN ISCOL KE INSTITUT WASATIYYAH DI PUTRA JAYA

Baru-baru ini AJK Penajaan ISCOL2015 dan rombongan di ketuai oleh Dr Ahmad Zaki bin Salleh telah berkunjung ke Institut Wasatiyyah (IW) di Putra Jaya. Rombongan disambut mesra oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah IW. Tujuan kunjungan ini adalah untuk mendapatkan kerjasama daripada IW dalam penganjuran ISCOL2015. Sehingga posting ini disiarkan, telah 3 kali pertemuan diadakan.
Selain dari Institut Wasatiyyah, rombongan juga turut berkunjung ke Kementerian Pelancongan bagi tujuan yang sama. Namun hasrat kami untuk berbincang dengan pegawai yang bertanggungjawab gagal. Namun kami berjaya menyerahkan dokumen penajaan kepada pihak Kementerian Pelancongan.
Moga Allah permudahkan segalanya. Ameen.

Gambar-gambar sekitar kunjungan AJK Penajaan ke Institut Wasatiyyah & Kementerian Pelancongan di Putra Jaya.
 
 
 
 









 

 

 

 

MAJLIS TADARUS AL QURAN

 
Alhamdulillah...bermula pada 1 Ramadhan 1436 H= 18hb Jun 2015, tadarus al Quran kakitangan FSU telah dimulakan. Program tadarus dibahagikan kepada dua bahagian iaitu staff lelaki yang diadakan di surau FSU pada awalnya dan kemudiannya dipindahkan ke tempat yang lebih selesa iaitu di ruang tamu pejabat Ketua Program. Manakala tadarus wanita pula dilakukan di staff common room. Moga-moga Ramadhan kali adalah Ramadhan terbaik buat kita semua insya Allah.
 






Wednesday, July 1, 2015

ISCOL 2015

Seminar Antarabangsa Syariah dan Undang-Undang  2015 (ISCOL2015)  akan berlangsung pada 27-28 Oktober 2015 di Dewan Tungku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pihak urusetia ISCOL2015 mengalu-alukan para ahli akademik untuk membentangkan kertas kerja pada seminar kali ini. Pendaftaran dan penghantaran artikel boleh dihantar di laman web rasmi ISCOL2015.

Pihak urusetia ISCOL2015 juga amat berbesar hati sekiranya terdapat mana-mana individu atau korporat yang bermurah hati untuk menaja program kami ini. Sila hubungi pihak urusetia seminar untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Email: inquiry.iscolfsu2015@gmail.com
Tel: +606-798 8525/8523/8522
Fax: +606-798 8531/8530