Sunday, April 5, 2015

KENAIKAN PANGKAT 2 PENSYARAH FSU KE PROF MADYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdulillah..
Sekalung tahniah untuk 2 orang Pensyarah Kanan dari FSU yang telah menerima kenaikan pangkat ke Prof Madya gred DS54. 2 pensyarah yang bertuah itu ialah Dr. Wan Abdul Fattah bin Wan Ismail (S368) yang telah diluluskan kenaikan pangkat berkuatkuasa pada 9 Februari 2015. Dr. Wan Abdul Fattah kini berada di United Kingdom kerana mengikuti program Post Doctorate selama 1 tahun.

Prof Madya Dr. Wan Abdul Fattah

Se orang lagi pensyarah yang bertuah adalah Dr. Lukman bin Abdul Mutalib (S1594) yang juga dinaikkan pangkat dari Pensyarah Kanan ke Prof Madya berkuatkuasa pada 18 Mac 2015.
Prof Madya Dr. Lukman bin Abdul Mutalib


Tahniah buat kedua-dua Prof Madya dari FSU ini. Moga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi suntikan semangat kepada semua pensyarah untuk terus menyumbang tenaga dan idea di dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan demi memertabatkan ilmu pengetahuan dan mencari redha Allah subahanahu wataala.






No comments:

Post a Comment